Tema : Sejarah kumpulan etnik ,kaum / klan /suku kaum
Tajuk :Sejarah dan perkembangan sosiobudaya etnik Tamil di Kajang pada tahun 1990 hingga 2000
1.0 Pengenalan:
Menurut Dewan Bahasa dan Pusaka,Etnik bermaksud (étnik) bukan bangsa manusia ia juga tidak memaksa perubahan terhadap kepercayaan agama atau membuang unsur sesuatu kaum; masyarakat majmuk mempunyai kelompok yang hidup berlainan, tetapi di bawah sistem politik yang sama.
Menurut Kamus Dewan Bahas Edisi Ketika ,Kepelbagaian membawa erti berbegai-bagai jenis manakala,sosiobudaya pula ditakrifkan sebagai hubungan masyarakat dengan budaya merangkumi cara hidup,adat istiadat dan sebagainya .
Setiap masyarakat di Kajang mempunyai sejarah dan sosiobudaya masing-masing. Sejarah yang diterima oleh sesuatu bangsa merupakan cetusan peraturan dan panduan. Peraturan dan panduan ini merupakan satu garis penentu sesuatu hukum yang dilaksanakan oleh masyarakat tersebut. Sesuatu masyarakat menjalani kehidupan berdasarkan amalan nenek moyang mereka, menyempurna dan melaksanakan amalan nenek moyang sebagai suatu peraturan.
Peraturan ini menjadi kebiasaan yang lama- kelamaan menjadi satu kemestian. Menurut satu pendapat adat resam sebagai tatacara yang diterima mengenai cara makan, bertutur, berjumpa sahabat handai, dan sebagainya atau adat itu ialah cara bertindak yang umum dipercayai secara sosial .( Mac Iver , 1970)
Pada abad ke -19, pertambahan penduduk etnik Tamil daripada masyarakat India .Ekonomi India dalam keadaan meruncing .Pengganguran kian meningkat walaupun , banyak kawasan pertanian baru telah dibuka tetapi tidak mencukupi Ramai golongan petani yang tidak mempunyai tanah sendiri . Mereka terpaksa memajak tanah dari tuan tanah dengan harga yang cukup tinggi .Keadaan ini telah menyebabkan ramai petani yang menjaga hamba atau orang suruhan. Ekoran daripada itu ramai petani yang menjadi hamba atau orang suruhan .
Ekoran daripada itu ramai petani mengambil kesempatan untuk berhijrah keluar negara . Peluang hanya boleh diperolehi apabila orang inggeriss telah mengambil langkah membawa masuk ribuan orang dari India untuk dijadikan buruh ladang . Orang India Malaysia ialah rakyat Malaysia yang berasal dari India .Kebanyakkan mereka datang ke Malaysia semasa zaman penjajahan British di Malaya .Namun sumber-sumber sejarah membuktikan bahawa etnik Tamil tiba di Malaysia sejak zaman keagungan Dinasti Chola. Ada juga dikalangan mereka yang datang dari Ceylon atau Sri Lanka.Mereka menggunakan bahasa tamil dalam pertuturan sama ada berintegrasi suku yang sama atau berlainan .
Seterusnya lokasi bagi kajian saya ini ialah di Kajang ,Selangor pembangunan Kajang pada 1994 telah meningkatkan kemajuannya .Kemajuan ini telah menarik ramai masyarakat pelbagai kaum menetap di disini . pada semasa itu , estet estet Kajang dimajukan sebagai kawasan perumahaan Taman Kajang Mereka mengamalkan pelbagai amalan tradisional di kawasan kajang. pada 1990 an. Antarannya, ialah budaya pakaian ,amalan perkahwinan dan,perayaan agama masing-masing .
Orang Tamil di kajang pada tahun 1990 hingga 2000 mempunyai perasaan yang kuat terhadap bahasa Tamil, yang sering dihormati dalam kesusasteraan sebagai "Tamil̲an̲n̲ai", "ibu Tamil".Tujuan saya Memilih etnik ini dalam kajian ini adalah kerana saya ingin mengetahui sosiobudaya mereka dengan lebih mendalam.
2.1:SEJARAH ETNIK TAMIL DI KAJANG
Di Kajang, Kumpulan etnik ketiga terbesar adalah etnik tamil daripada masyarakat India. Kajang membentuk kira-kira 9.3% penduduk india daripada jumlah penduduk di kajang. Kebanyakannya, adalah keturunan imigran India Selatan berbangsa Tamil yang datang ke Malaysia dan berkerja di ladang -ladang getah di Kajang sewaktu penjajahan British. Orang tamil di Kajang menganuti agama Hindu dan agama kristian .
Bercakap mengenai sejarah kaum Tamil. Mereka membawa bersama budaya pakaian ,makanan,dan amalan sebuah tamadun purba di lembah Indus yang berusia 2600 Sebelum Masihi.Tamadun ini dibangunkan oleh kelompok yang dikenali sebagai Dravidian. Untuk pengetahuan semua, Dravidian ialah sebuah nama yang digunakan untuk merujuk kepada kelompok manusia yang betuturkan bahasa di dalam keluarga yang sama. Bahasa Tamil ialah salah satu bahasa daripada Bahasa Dravidian
Orang Tamil di kajang pada tahun 1990 hingga tahun 2000 mempunyai perasaan yang kuat terhadap bahasa Tamil, yang sering dihormati dalam kesusasteraan sebagai "Tamil̲an̲n̲ai", "ibu Tamil" Seperti bahasa-bahasa india yang lain, Bahasa Tamil berasal dari keluarga Bahasa Dravidia, yang tidak berkaitan dengan bahasa-bahasa Indo-Eropah utara India. Bahasa Tamil juga bebas dari pengaruh Sanskrit dan banyak mengekalkan ciri-ciri Proto-Dravidia. Tetapi Bahasa Tamil yang digunakan pada tahun 1990 hingga pada tahun 2000 di kawasan kajang .Bahasa ini banyak menggunakan kata-kata pinjaman dari bahasa Inggeris dan bahasa lain oleh penduduk kajang.
Menurut sejarah Malaysia,Orang tamil dalam masyarakat india berasal daripada india selatan .Mereka di bawa oleh kerajaan British Pada tahun 1952 dan berkerja di ladang ladang getah sebagai penoreh pokok getah .pada tahun tahun 1990 merupakan tahun yang ramai penduduk orang tamil di kawasan estet dan kampung berhijrah ke kawasan perumahan taman .orang tamil di kajang pada tahun 1990 hingga tahun 2000 ramainya menganuti agama hindu,dan ada juga mengamalkan agama kristian .walaupun, mereka berbeza dari segi agama .Mereka tidak lupa memartabatkan bahasa ibunda sendirinya .mereka sering menghantar anak- anak ke sekolah tamil untuk mendapat pengetahuan bahasa tamil. Antara sekolah tamil terkenal di kajang ialah sekolah jenis kebangsaan tamil kajang.
Menurut Pn Sarasawathy (50), orang sumber saya ,Beliau menyatakan bahawa ,pada tahun 1990 hingga tahun 2000 .bahasa tamil berperanan sebagai bahasa pengantar di tempat ibadat seperti kuil di Kajang .lazimnya kuil di Kajang iaitu kuil “Sri Subramaniyam Alayam di Jalan Reko mengunakan bahasa Tamil untuk membincang perkara tentang isu keagamaan contohnya,ada penganut agama hindu membelajar,menghafal dan menyanyi lagu “devaram” dan “thirukural” melalui bahasa tamil di sini pada semasa itu.
Menurut orang temu bual saya iaitu, En.Lawrence Lordusamy( 53), seorang penganut mazhab katolik daripada etnik tamil, Beliau menyatakan bahawa, gereja katolik di kajang iaitu Holy Family Kajang menggunakan bahasa tamil untuk sembayang pada setiap hari ahad pada pukul 7.30 hingga 9.30 pagi untuk bahagian etnik tamil pada tahun 1990 hingga pada tahun 2000. Gereja ini juga mengadakan kelas membaca kitab iaitu “bible” dalam bahasa tamil.Oleh itu, bahasa tamil digunakan untuk mengkaji kitab kitab agama begini dapat memperkembangkan bahasa tamil dan etnik tamil daripada masyarakat india di kajang pada tahun 1990 hingga pada tahun 2000.
Kesimpulanya , sejarah etnik di kajang pada tahun 1990 hingga pada tahun 2000 menyatakan bahawa sejarah etnik tamil di kajang dapat berkembang pesat di kawasan sekolah dan pusat ibadat sekelilingnya.Menurut peribahasa melayu, “Bahasa menunjukkan bangsa yang bermaksud Baik buruk sifat dantabiat orang dapat dilihat dari tutur kata atau bahasanya.Oleh itu, bahasa menunjukkan bangsa dapat menggunakan dalam kehidupan sehari-hari, baik dalam bentuk lisan mahu pun tulisan .Jelaslah bahawa sejarah etnik tamil di kajang saling bergantung kepada bahasa ibunda mereka .
2.2:Perkembangan amalan perayaan iaitu, perayaan “tamilar perunaal” di kajang pada tahun 1990 hingga pada tahun 2000.di kajang.
Perayaan “tamilar perunaal” merupakan perayaan dikenal sebagai perayaan ponggal sebagai perayaan etnik tamil daripada masyarakat india. Hari ponggal lebih dikenal sebagai hari Hari Thaiponggal perayaan menuayang diraikan secara meluas oleh orang Tamil di kajang pada tahun 1990 hingga pada tahun 2000
Menurut Pn Saraswathy Rethinam (50) ,seorang penganut agama Hindu, Beliau menyatakan bahawa, Perayaan ini menandakan permulaan bulan Thai menandakan hari apabila Matahari dikatakan bergerak ke utara. Ia menandakan permulaan Uttarayana, yang mewakili pergerakan matahari ke utara. Pongal dalam Bahasa Tamil bererti "melimpah-ruah." Minyak melimpah dalam belanga tanah liat melambangkan kekayaan harta benda bagi penghuni rumah. Thai ponggal, dirayakan ketika masa menuai, secara tradisi bertujuan berterima kasih kepada Dewa Matahari dan ternakan ladang yang membantu menghasilkan kekayaan harta benda.
Ucapan "Thai Pirandhal Vazhi Pirakkum’ bererti "permulaan Thai membuka peluang baru" sering diucap berkait dengan perayaan hari Thaiponggal. Perayaan ini biasanya dirayakan sekitar 13 Januari hingga 15januari setiap tahun di Kajang. Thaiponggal secara tradisi ditasbihkan kepada Dewa Matahari Surya. Kaum Tamil berterima kasih kepada Dewa Matahari bagi tuaian baik dan mengabadikan tuian pertama kepada 'Surya Mangalya'.
Menurut Pn Saraswathy Rethinam( 50) ,orang sumber saya ,Beliau menyatakan bahawa ,Hari perayaan ini lazimnya diraihkan di pusat- pusat ibadat seperti kuil dan gereja.contohnya gereja “Holy Family”di kajang dan ,Sri Subramaniam Aalayam”di jalan Reko ,Kajang dan perayaan ini disambut di kawasan sekolah pada semasa itu.mereka mengadakan pelbagai pertandingan dan aktiviti aktiviti sosial kepada orang etnik tamil.Antara aktiviti-aktiviti dilakukan oleh orang etnik tamil semasa itu adalah pertandingan memasak ponggal, pertandingan kabaadi dan pertandingan “satti udaittal” (memecah belanga tanah liat).ada juga kaum lain misalnya kaum melayu dan cina menyambut perayaan ini bersama-sama dengan orang tamil di kawasan perumahan di kajang pada semasa itu.
Menurut Puan.Ammelab mary, seorang orang sumber saya, Beliau menyatakan bahawa ,Perkataan Pongal adalah ‘masa menuai’ menandakan masa untuk orang Tamil tuai hasil tanaman dan disambut pada permulaan bulan Thai mengikut kalendar Tamil. Ada juga kelompok yang menganggap Pongal sebagai tarikh tahun baru etnik tamil. Perayaan Pongal biasanya diraikan setiap pertengahan bulan Januari bagi meraikan pergerakan matahari menuju ke utara .Oleh itu, penganut agama Hindu menyambut perayaan selama empat hari berturut-turut dan merupakan acara terbesar selepas sambutan Deepavali dan Thaipusam.
Perayaan Pongal juga dianggap sebagai hari kesyukuran kepada Tuhan kerana memberi rezeki untuk memperoleh makanan dan air yang cukup, tempat tinggal yang sempurna dan keluarga yang bahagia dan juga membantu mengeratkan hubungan kekeluargaan di antara ahli keluarga. Penyediaan juadah berasaskan sayur-sayuran kampung pula mendidik generasi muda mengenali masakan asli nenek moyang mereka .
Beliau menceritakan pengalaman hari ponggal pada tahun 1990 hingga pada tahun 2000 di kajang .
“Saya dan ahli keluarga akan mengemas rumah, manakala emak saya akan menghiasi rumah dengan kolam (hiasan lantai yang diperbuat dari beras yang diwarnakan) di pagi Hari Pongal. Kolams dibuat di depan pintu rumah sebagai tanda selamat dan rahmat supaya isi rumah mendapat kesejahteraan. Seterusnya, bapa akan mengikat tebu dan daun mangga di pintu rumah bagi menceriakan suasana. Upacara mengikat tebu dan daun mangga di pintu adalah upacara turun temurun orang Tamil sejak dulu. Empat buah dapur kecil turut diletakkan atas kolams. Pada masa yang sama, beberapa buah periuk tembaga dan perak yang dihiasi daun mangga, daun kunyit dan pewarna Kum Kum juga ditempatkan di situ sebelum upacara bermula .” beliau bertambah lagi…
Biasanya hari ponggal menyambut selama empat hari
2.2.1:Hari Pertama–(Bhogi)
‘Bhogi’ ialah hari Dewa Awan dan Hujan bagi menandakan permulaan hari penting dalam kehidupan masyarakat India. Kami akan membersihkan dan menghias rumah dengan corak dan bunga. Sebelum matahari terbit, mereka membuat unggun api besar dan dibiarkan membakar sepanjang malam untuk membakar barang-barang lusuh dan lama bagi menyingkirkan anasir-anasir buruk yang datang kepada keluarga mereka.
‘Bhogi’ ialah hari Dewa Awan dan Hujan bagi menandakan permulaan hari penting dalam kehidupan masyarakat India. Kami akan membersihkan dan menghias rumah dengan corak dan bunga. Sebelum matahari terbit, mereka membuat unggun api besar dan dibiarkan membakar sepanjang malam untuk membakar barang-barang lusuh dan lama bagi menyingkirkan anasir-anasir buruk yang datang kepada keluarga mereka.
2.2.2 Hari kedua (Thai Pongal / Surya Pongal).
Di kenali sebagai Thai Pongal, iaitu Hari ini untuk Suriabhagawan atau Dewa Matahari. Ucapan "Thai Pirandhal Vazhi Pirakkum" bererti "permulaan Thai membuka peluang baru" sering diucap dengan perayaan hari Thaipongal. Upacara yang dilakukan ialah memasak beras yang dituai bersama susu lembu sehingga melimpah dari periuk. Perbuatan membiarkan masakan itu melimpah dikenali sebagai Pongal dalam bahasa Tamil. Pongal bermakna ‘melimpah-ruah’ yang menggambarkan hasil tuaian yang banyak. Apabila susu mendidih, ahli keluarga akan berkumpul di sekitar periuk dan melaungkan ucapan 'Pongal-O-Pongal' sebanyak tiga kali semasa susu mengalir keluar. Upacara ini dilakukan untuk memberi penghormatan kepada Dewa Matahari dan bermulanya hari pertama bulan Thai dalam kalendar Tamil. Belanga, susu, beras, tebu, daun pisang, kelapa serta tujuh jenis sayuran dan rempah ratus seperti jintan manis, buah pelaga, jintan putih dan biji sawi adalah bahan- untuk hidangan pada hari perayaan itu.
2.2.3 :Hari ketiga –(Hari Maattu)
Hari (Mattu) adalah hari yang dikhaskan untuk haiwan lembu.Masyarakat tamil percaya bahawa lembu ialah binatang suci yang banyak berjasa kepada manusia dimana pengembala sangat berterima kasih kepada ternakan mereka. Mereka juga akan mewarnakan tanduk lembu dan menghiasi dengan pakaian dan topi logam bersinar. Lembu diberi makan Pongal dan loceng diikat di leher lembu
2.2.4.Hari Keempat – (Kaanum Pongal)
Hari terakhir Pongal dikenali sebagai ‘Kaanum Pongal’ iaitu hari istimewa untuk wanita dan hari merapatkan hubungan. Menurut Orang temubualsaya iaitu.Pn.Saraswathy Rethinam. Beliau menceritakan pengalaman beliau yang pernah disambut pada thun 1990 hingga pada tahun 2000.
“ Pada hari terakhir, emak saya akan bangun awal pagi untuk menyapu kunyit dan melumurkan minyak bijan di rambut kepada emak, makcik-makcik serta semua adik-beradik perempuan saya. Selepas mandi minyak bijan, semua perempuan akan menawarkan bebola nasi berwarna kepada burung-burung. Bagi yang sudah berkahwin, mereka akan berdoa untuk keluarga yang sihat. Manakala adik-adik saya akan berdoa untuk perkahwinan yang bahagia akan datang. Setelah selesai semua, kami sekeluarga akan memberi penghormatan kepada nenek atau orang-orang yang lebih tua di rumah untuk mendapatkan restu sebelum keluar melawat rumah saudara terdekat serta rakan-rakan bagi merapatkan lagi hubungan. Kebiasaannya, kami sekeluarga akan dihidangkan dengan makanan tradisi seperti 'vadaas’, ‘payasam’ dan keledek
Hasil temu bual bersama dengan Beliau ini ,saya berpendapat, beberapa fakta sejarah perkembangan perayaan “thamilar thirunaal di kawasan perumahaan di kajang pada tahun 1990 hingga pada tahun 2000” perayaan” thamilar thirunaal” mendapat sambutan dan sokongan baik oleh etnik tamil di Kajang pada tahun 1990 hingga pada tahun 2000.Oleh itu, perayaan “Tamilar Thirunaal ini masih diraihkan oleh orang etnik tamil kajang sehingga kini.
2.3 Perkembangan Budaya Pakaian etnik tamil di kajang pada tahun 1990 hingga pada tahun 2000.
Dalam bahasa Melayu budaya itu berasal daripada perkataan budi´, iaitu kata Sanskrit yang bermaksud akal. Budaya itu ialah perlakuan-perlakuan manusia yang berkaitan dengan akal fikiran. Dalam intepretasi lain difahamkan bahawa budaya itu daripada rangkaian daya´ dan budi´ yang dapat dikatakan segala yang berupa cipta, rasa dan penggunaan fikiran manusia.Kebudayaan itu bermaksud segala hasil dari ciptaan Itu .
Menurut Pn.Ammelab marry (54), seorang orang sumber saya, Beliau menyatakan bahawa, Di kajang pada tahun 1990 hingga 2000 perkembangan budaya pakaian tradisional kaum tamil mempunyai pelbagai Pakaian etnik juga memiliki berbagai macam jenis yang cukup beragama dan mudah dikenali dari “fesyennya ” beliau menjelaskan beberapa jenis pakaian tradisional india mengikut jantina pada semasa itu.
2.3.1 Perempuan
Sari merupakan pakaian tradisional wanita etnik yang terkenal di kajang. Kain berukuran 5 hingga 9 meter panjang dipadankan dengan kain dalam yang berwarna seakan-akan kain sari tersebut, serta anak baju yang berwarna sama atau setentang dengannya. Sari dililit seliling badan dengan bahagian hujungnya yang bersulam diletak di atas bahu kiri dengan pelbagai gaya. Kain dalam dipakai di atas atau di bawah pusat dan berfungsi menyokong kain sari tersebut. Sari diperbuat daripada pelbagai jenis, corak dan warna kain yang sememangnya indah dan mempesonakan.
Lazimnya ,orang etnik tamil di kajang pada semasa itu memakai sari semasa perayaan, dan perkahwinan dengan pelbagai warna-warni dan fesyen mengikut zaman tersebut.
2.3.2 Lelaki
Veshti ialah pakaian tradisi untuk kaum etnik tamil lelaki di kajang pada tahun 1990 hingga 2000. Pakaian ini diperbuat daripada kain empat segi yang kebiasaannya berwarna putih dan panjang. Kain tersebut dililit di bahagian pinggang. Veshti juga dipakai oleh lelaki India semasa perkahwinan dan juga semasa hari perayaan. Semasa perkahwinan lelaki India mengenakan "pattu veshti" iaitu, kain yang diperbuat daripada sutera yang berwarna putih atau kuning susu.Budaya pakaian ini masih diamalkan oleh etnik tamil kajang sehingga kini.
Kesimpulanya ,perkembangan budaya pakaian etnik tamil juga berkembang pesat pada tahun 1990 hingga 2000. Mereka masih mengekalkan budaya pakaian mereka sehingga kini .Mereka masih memakai pakaian tradisional mereka ke tempat ibadat, majlis perkahwinan dan perayaan .
3.0 Penutup :
Saya sebagai penyelidik kajian ini ,saya dapat mengetahui sejarah etnik dan perkembangan sosiobudaya pada tahun 1990 hingga 2000. Sejarah etnik tamil saling bergantung kepada bahasa ibunda etnik mereka iaitu Bahasa Tamil,Perayaan Tamilar Thirunaal merupakan suatu perayaan masih dikekalkan oleh orang etnik tamil di kajang .Amalan perayaan ini dapat menyatupadukan setiap orang etnik Tamil pada Masa itu . dan budaya pakaian mereka masih dipelihara oleh mereka .Walaupun mereka tidak dapat memakai sari sepanjang tahun tetapi masih mereka memeriahkan majlis perkahwinan dan perayaan dengan Pakaian tradisional mereka. Pada pandangan saya,Masyarakat etnik tamil di Kajang tidak melupakan amalan tradisi dan sosiobudaya yang ditinggal oleh nenek moyang mereka.
Rajah 13 : Semasa bertemu bual dengan Puan Ammelab Mary di rumah beliau
2.1 Lampiran Sejarah etnik tamil di kajang pada tahun 1990 hingga 2000.
Peta1 : Lokasi Kajian saya .bandar Kajang ,Selangor.
Rajah 1 : Bandar Kajang ,Selangor .
Rajah 2 : kuil Sri Subramaniam Aalayam di Kajang .pada 1990 hingga 2000
Rajah 3 : Sekolah Jenis kebangsaan Tamil Kajang pada tahun 2000.
Rajah 4: Gereja Holy Family kajang memainkan peranan penting perkembangan etnik Tamil di Kajang
Rajah 5 : Paderi katolik kajang menggunakan bahasa tamil semasa bersembayang.
2.2 Lampiran Perkembangan perayaan Tamilar thirunaal dimkajang pada tahun 1990 hingga 2000
Rajah6 : Hari pertama Bhogi pongal.
Rajah 7 : Hari kedua Thai pongal. Nasi pongal masak dan letak di atas daun pisang untuk sembayang kepada tuhan matahari ..
Rajah 8 : kanak –kanak terlibat dalam aktiviti memasak pongal.
Rajah 7: Hari ketiga maattu pongal
Rajah 8 : Hari keempat kanuum pongal
2.3 Lampiran Budaya dan pakaian;
Rajah 9 : Pakaian Lelaki iaitu veshti
Rajah 10: pakaian perempuan iaitu sari
Orang-orang sumber saya:
Rajah 11 : semasa bertemu bual dengan puan Saraswathy tentang perkembangan etnik tamil dan perayaan tamilar thirunaal di rumah .
Rajah12: semasa bertemu bual dengan En Lawrence Lourdusamy di rumah Beliau
No comments:
Post a Comment