Sunday, 4 November 2018

1.0 PENGENALAN
1.1 Tamadun India
Tamadun India merupakan salah satu tamadun yang telah wujud beribu tahun dahulu dan boleh dikatakan tamadun yang sangat tua kerana berumur lebih daripada 5000 tahun. Tamadun tersebut telah menjadikan Lembah Sungai Indus di benua India sebagai pusatnya.Sudah tentu banyak kebudayaan India yang telah wujud selama tamadun itu wujud antaranya tarian klasik India iaitu Tarian Bharata Natyam. Tarian ini dikatakan sangat susah dan perlu mengambil masa yang lama untuk dipelajari iaitu bertahun-tahun lamanya. Tarian yang penuh tradisi ini melibatkan pergerakkan kaki, tangan dan mata yang harus dipelajari untuk mempersembahkan tarian warisan yang berkurun lamanya. Tarian ini secara tradisionalnya dipersembahkan secara solo iaitu hanya seorang penari wanita. “Suatu persembahan yang lengkap dalam tarian ini merangkumi enam peringkat di kenali sebagai Alarippu, Jatiswaram, Sabdam, Varnam, Padam dan Thillana. Peringkat-peringkat ini menggabungkan elemen Nritta atau tarian tulen dan Nritya” (JKKN, 2008).
Tarian Bharata Natyam ini bermaksud seni bercerita di mana sifat asalnya ialah menghambakan diri kepada tuhan-tuhan Hindu bagi kepercayaan masyarakat India hingga sekarang. Setiap perkataan Bha Ra Ta Natyam memberi maksudnya yang tersendiri iaitu BA bermaksud ekspresi, RA ialah muzik, THA pula ialah irama dan yang terakhir NATYAM iaitu tarian dan akhirnya tercipta perkataan Baratha Natyam bila ia disambungkan. Tarian Bharata Natyam ini asalnya ialah dari sebuah wilayah yang dinamakan Tamil Naidu dan wilayah tersebut terletak di bahagian Selatan India. Menurut kajian, “tarian ini merupakan tarian yang paling banyak diamalkan di Selatan India. Bharata Natyam ini dikatakan penciptaan muzik dalam bentuk visual, dan upacara. Tarian Bharata Natyam ini disertai atau digandingkan dengan suatu muzik iaitu muzik Carnatic. Tarian tersebut dan muzik Carnatic tidak dapat dipisahkan dalam sesuatu persembahan” .



2.0 OBJEKTIF KAJIAN
Pengkaji telah menentukan objektif kajian sebagai panduan dalam penyelidik mengenai sejarah tamadun India

2.1 Mengenalpasti sejarah tarian etnik Tamil iaitu tarian Bharata Natyam.
Pengkaji telah menggunakan kaedah rujukan bertulis dalam usaha mencari segala informasi mengenai sejarah tarian etnik Tamil.

2.2 Mengenalpasti perkembangan semasa tarian tersebut di Malaysia.
Pengakaji telah menggunakan pendekatan secara bertemu ramah dengan golongan etnik yang masih mengamalkan seni tarian Bharata Natyam dan menilai hasil perkembangan itu berdasarkan data diperolehi.












2.0 DAPATAN KAJIAN

2.1 Sejarah Tarian Etnik Tamil iatu tarian Bharata Natyum
‘Bharatanatyam’ merupakan tarian klasik etnik tamil daripada kaum India. Menurut tradisi agama Hindu nama ‘Bharatanatyam’ dapat diwujud melalui gabungan dua perkataan ‘natyam’berasal daripada Bahasa Sanskrit iaitu, bermaksud Tarian manakala perkataan Bharatam pula diwujudkan hasil daripada pengabungan tiga suku kata ‘Bha’ bermaksud ‘Bhava’ (Bahasa Melayu:ekspresi) , ‘ra’ bermaksud ‘raga’(Bahasa Melayu:Muzik Melodi) dan ‘ta’ bermaksud ‘Tala’ (Bahasa Melayu: irama). Hal ini disokong oleh seorang penari tarian ini iaitu, Nalina berumur 21 tahun ,beliau menyatakan bahawa dalam tarian ini terdapat pelbagai gerakan tangan, kaki, dan muka mengikut raga dan Tala.Para Penari tarian ini perlu menari dan mengaplikasi “Mutiras” mengikut irama dan muzik melodi tersebut

Menurut sebuah artikel di laman web Jabatan kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), tarian ini di persembahkan secara solo oleh seorang penari wanita. Suatu persembahan yang lengkap dalam tarian ini merangkumi enam peringkat di kenali sebagai Alarippu, Jatiswaram, Sabdam, Varnam, Padam dan Thillana. Peringkat-peringkat ini menggabungkan elemen Nritta atau tarian tulen dan Nritya. Hal ini dikatakan bagi seseorang yang mempunyai keinginan untuk belajar tarian ini , tarian ini mengambil masa agak lama disebabkan oleh kandungan yang banyak seperti jenis peringkat mereka perlu belajar.

Menurut teori sejarah terdapat beberapa teori menyatakan bahawa ‘Bharata muni’ seorang yang mengasaskan tarian’ Bharatanatyam’ selepas mendapat wahyu  daripada Tuhan Brahma seorang dewa agama Hindu daripada “Trimurti’ yang lazimnya dipercayai kuasa mencipta alam semesta. Beliau telah mengarang sebuah buku untuk memaparkan maklumat yang telah beliau dapat dan menamakanya sebagai’ Natya Sastra” pada 200 hingga 500 masihi. Dalam 'Natya Shastra', Bharata Muni, menguraikan beberapa teori tarian klasik India termasuk tarian Tandava, postur berdiri, langkah dasar, bhava, rasa, cara bertindak dan gerak isyarat. Salah satu kesusasteraan Tamil daripada lima buah epik tamil iaitu “Silappathikaram’ yang ditulis oleh seorang dinasti Chera iaitu Ilangovadikal pada abad ke 2 CE . Dalam epik sastera ini terdapat pelbagai unsur berkaitan dengan tarian ini. Selain itu, Banyak kuil Hindu lama di India selatan dihiasi dengan patung dewa Shiva dalam tarian Bharatanatyam. (Thirumagal,2017)

 Kuil Shiva Kanchipuram yang dihiasi dengan ukiran sejak zaman abad ke-6 hingga 9 Masihi menunjukkan perkembangan bentuk tarian ini . Banyak kuil Hindu lama di India selatan dihiasi dengan patung dewa Shiva dalam tarian Bharatanatyam.







Gambar Rajah 1 :
 Nathya Sastra yang diukir dengan panel segi empat yang kecil.


 
Gambar Rajah 2:
108 posisi tarian Bharatanatyam yang terdapat di Kuil Chidambaram 

Disamping itu, Kuil Thillai Natarajar, Chidambaram, Tamil Nadu yang dikhususkan untuk dewa Shiva.patung yang menggambarkan 108 posisi Bharatanatyam, yang disebut sebagai ‘karana’ dalam 'Natya Shastra', yang diukir dengan ukiran panel
segi empat yang kecil.



 
Gambar Rajah 3:
Patung Dewa Nataraja yeng memaparkan 18 lengan dengan ‘mudras’ dan isyarat tangan di Gua Badami Karnataka,India.

Tambahan pula terdapat satu patung dewa Nataraja yang boleh dilihat di Gua Badami Karnataka dari pada abad ke 7. Patung Nataraja ini digambarkan seperti melakukan tarian ‘Tandava’ yang sebuah tarian suci ditari oleh dewa Shiva. Patung Nataraja itu memaparkan 18 lengan dengan ‘Mudras’ dan isyarat tangan.

Terdapat satu teori yang menyatakan bahawa Semasa pemerintahan Raja Chola, merupakan zaman keemasan Bharatanatyam. Semasa pemeritahan Raja Chola Bharatanatyam dikenal sebagai ‘Sathirattam”. Selepas kedatangan orang Aryan namanya ditukar kepada Bharatanatyam. Terdapat sejumlah enam perbezaan antara Bharatnatyam sebelumnya dan bentuk sekarang. Terdapat empat orang tokoh Tarian Bharatanatyam. Antaranya ialah Shankarai, Ponniah, Sivanandam dan Vadivelu. Mereka dikenal sebagai ‘Thanjavor Naalvar” merekalah yang mengubahsuai dan menentukan peraturan baharu untuk tarian Bharatanatyam yang kita dapat menyaksikan pada hari ini.(Nagasamy, 2016)




2.2 Perkembangan tarian Bharatam etnik Tamil ke Malaysia.

Menurut responden yang telah ditemu bual, iaitu Thanisha Kumar yang berusia 20 tahun. Beliau mempelajari tarian Bharatam dari pada usia yang sangat muda iaitu ketika responden masih kanak-kanak lagi dan melakukan tarian tersebut hanya di kuil sahaja.  Namun begitu menurut beliau, pada ketika ini tarian tersebut telah berkembang apabila tarian Bharatam tidak semestinya hanya dipersembahkan di kuil sahaja. Tarian tersebut boleh dipersembahkan di mana-mana festival atau acara perkahwinan. Dari situ, tarian ini berkembang secara luas dan tarian tersebut diperkenalkan kepada masyarakat umum dan seteruskan tarian tersebut dipraktikan oleh kaum melayu, kaum cina dan sebagainya. Setelah mendengar penjelasan temu bual yang telah di jalankan tarian Bharatam ini semakin berkembang selari dengan hubungan dan pergerakan komuniti masyarakat Malaysia. Hal ini berlaku apabila persembahan tarian Bharatam menjadi ikutan para belia masa kini kerana keunikan tarian tersebut dan tarian tersebut juga mendapat sambutan yang baik dari masyarakat lain.  
Tarian Bharatam adalah tarian tradisional yang diwarisi dari generasi ke generasi, sehinggalah pada hari ini, tarian tersebut merupakan antara tarian yang tertua di dunia. Dalam pada itu, perkembangan tarian tersebut terjadi dalam kalangan masyarakat kerana keunikan dan ciri-ciri tarian tersebut yang sudah lama dipraktikan, namun masih tetap tidak berubah akan pergerakannya. Ia melambangkan kesetiaan yang agung terhadap sesebuah tradisi yang sangat bercirikan keagamaan dalam budaya Hindus. Hal ini yang menjadikan tarian Bharatam begitu unik pada pandangan masyarakat majmuk serta mereka yang mempunyai sifat terhadap penilaian yang teliti terhadap sesebuah tradisi. Dan secara terperinci lagi, tarian Bharatam merupakan antara tarian utama yang berkemampuan untuk menjadikan negara Malaysia sebagai sebuah negara yang unik kerana bercirikan kepelbagaian kaum serta keharmoniannya.

Tarian Bharatam merupakan suatu tarian yang berasal dari kuil Tamil Nadu di bahagian selatan India. (Pamnani.J, 2014) Dalam artikelnya, Joy Pamnani telah menemu bual seorang remaja perempuan yang bernama Diyya Premchand Raisinghani yang berumur 14 tahun pada ketika itu. Responden menyata bahawa dia bermula mengikut tarian itu seawal umur 6 tahun dan ia bermula dari bangku persekolahan lagi. Menurut responden juga bahwa dia tertarik dengan tarian Bharatam dan mula belajar dan mendalami dengan lebih lagi melalui rancangan televisyen dan dari sumber You Tube. Dari petikan ini, kita dapat melihat bahawa keunikan budaya tarian Bharatam mempengaruhi kanak-kanak yang berusia 6 tahun untuk menceburi minat dalam bidang tarian budaya ini. Selain itu, perkembangan dalam menceburi dan mempelajari tarian tersebut dapat berkembang melalui bantuan saluran media massa sebagai satu sumber pengetahuan selain daripada pembelajaran di sekolah.  
Antara contoh perkembangan Tarian Bharatam di Malaysia adalah acara persembahan tarian tersebut di Kuala Lumpur yang menjadi tumpuan media massa pada tahun 2017. Berikut merupakan perincian berita tentang acara persembahan tersebut; Penari Bharathanatyam terkenal, Rukmini Vijayakumar akan mengadakan persembahan pertamanya di Malaysia di Temple of Fine Arts di sini pada 19 Mac ini. Rukmini, yang juga seorang pelakon filem India dan pernah berlakon bersama bintang handalan seperti Rajnikanth dalam filem Kochadaiiyaan, dan Amitabh Bachchan dalam filem Shamitabh, akan membuat persembahan "Maargam - The Art of Bharatanatyam". Penari serba boleh itu akan mempersembahkan Bharatanatyam Maargam iaitu tarian klasikal India yang dipadankan dengan muzik Carnatic iaitu adunan muzik, irama dan ekspresi yang kompleks.(Utusan Melayu (M) Bhd, 2017).
Hal ini menjelaskan bahawa Tarian tradisi ini juga menjadi tumpuan masyarakat secara meluas di Malaysia. Perkembangan ini adalah bukti kepada perkembangan tarian Bharatam dalam masyarakat majmuk di Malaysia sehingga ke hari ini, dan menjadi salah satu tarian yang sangat popular yang dipersembahkan dalam perkahwinan, acara-acara keramaian dan pertandingan-pertandingan tarian tradisional.









3.0  KESIMPULAN

Berdasarkan penilaian keseluruhan daripada pengkaji mengenai sejarah tamadun India. Tidak dapat dinafikan bahawa tamadun India telah melahirkan golongan etnik Tamil yang mewarnakan seni budaya mereka dengan tarian ritual yang unik di mata dunia. Seni tarian Bharata Natyum adalah bukti kewujudan golongan etnik Tamil yang berasal daripada tamadun India sejak beribu tahun. Perkara ini jelas menunjukkan bahawa golongan etnik Tamil tidak lupa akan tradisi yang diwarisi oleh nenek moyang mereka. Oleh itu, pengkaji dapat merumuskan bahawa kesan budaya daripada tamadun India pada suatu kala telah memberi kesan kepada etnik Tamil daripada segi budaya dan agama. Kajian ini juga telah menunjukkan bahawa perkembangan amalan ritual atau kini lebih dikenali sebagai tarian tradisional etnik Tamil merupakan sebuah seni mutlak kerana tidak boleh diubah mengikut zaman dan setiap pantang larang harus dipatuhi. Perkara ini juga telah memberi persepsi bahawa golongan etnik Tamil amat menitikberatkan keaslian budaya mereka kerana itu menunjukkan identiti, kebanggaan mereka dan kesetian dalam mempelihara kesucian Bharata Natyum. Pengkaji dengan tekad dan teguh mengatakan bahawa mahupun Malaysia bukan tamadun India sepenuhnya akan tetapi budaya daripada tamadun India masih kukuh dibawa oleh golongan Tamil di Malaysia. Penyataan ini lantaran jelas lagi menunjukkan bahawa perkembangan seni tarian Bharata Natyum akan terus diamalkan sebagai tanda kesyukuran pada dewa-dewi.






Morabad, Mahantesh C., 2009 “Nataraja (Dancing Shiva) at the Entrance of Cave at Badami, Karnataka, India, Asia.” Alamy, Alamy Stock Photo, 1www.alamy.com/stock-photo-nataraja-dancing-shiva-at-the-entrance-of-cave-i-at-badami-karnataka-149771480.html.

Pamnani, Joy., 2014,“Bharatanatyam Is More than Just a Traditional Indian Dance.”SouthChinaMorningposthttp://yp.scmp.com/news/features/article/90565/bharatanatyam-more-just-traditional-indian-dance.  
.. ...........,Tarian Bharata Natyam., 2008, www.jkkn.gov.my/pemetaan/?avada_portfolio
.............., Varaltril Bharata Kalai. 2016,  dimuat turun daripada  http://tamilartsacademy.com/bharata%20natyam.xml 
….……………,  2017, “Penari Bharathanatyam Terkenal Buat Penampilan Sulung Di Malaysia.” Utusan Online. Dimuat turun daripada www.utusan.com.my/hiburan/penari-bharathanatyam-terkenal-buat-penampilan-sulung-di-malaysia-1.455288#ixzz5F0FNqN8c.
.
….….., 2018 “Why Dance and Movement Arts.” About Bangalore,ICPA Bangalore.http://www.icpabangalore.com/why-dance-and-movement-arts.html

Wednesday, 30 May 2018

Life can be more than just

Life can be more than just " an enormous party 'that ends in eternal emptiness .Parties allows cannot provide lasting peace. And you won't discover ultimate happiness in drug -induced "highs" or even in a bank vault full of stocks,bonds and jewels. (Eastman,1991)

Eastman.D.,(1991).Seven Keys To A Better Life .Kuala Lumpur: EHC Evangelical Literature             Distributors (M) Sdn .Bhd .
 

Sunday, 23 April 2017

tahniah kelvin


.
BAHASA INGGERIS [P]
43
E
   2.BAHASA MELAYU
60
C
   3.BAHASA TAMIL
68
C
   4.GEOGRAFI
40
E
   5.KEMAHIRAN HIDUP 1 - KT
76
B
   6.MATEMATIK
34
F
   7.PENDIDIKAN JASMANI & PENDIDIKAN KESIHATAN
58
D
   8.PENDIDIKAN MORAL
66
C
   9.PENDIDIKAN SENI VISUAL
52
D
   10.SEJARAH
30
F
   11.SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN
94
A
   12.SAINS
54
D
KDT
125 / 370
/
/
/
/
KDK
5 / 37
/
/
/
/
PERATUS
51.71

Hari anugerah kecemerlang #KHS stpm#2016


                                                             Anugerah terbaik  matapelajaran sejarah
                                                              Reuben A/L Lawrence


                                                         Anugerah terbaik mata pelajaran Geografi
                                                                Kong Zhong Ful
                                                         Anugerah terbaik matapelajaran Geografi dan pengajian am
                                                                 Norhayati binti Muhd Maiyunas
Alyaa Farhana,Reuben A/L Lawrence, Norhayati binti muhd maiyunas ,Nur fitriah
anugerah sejarah ,p.am dan sejarah

Bersama Cikgu Bahasa Melayu , puan Anizah

Bersama Puan Hidayah  cikgu Ekonomi

Wednesday, 19 April 2017

MY 21 SMALL BIRTHDAY PARTY

   MY 21ST BIRTHDAY PARTY!!!


REUBEN LAWRENCE

                   hahhaha
































Friday, 14 April 2017

port dickson family gathering

Portdickson -Malaysia
Cousins (my) gathering


Alvin(Brother ) and my nephew Kelvin sharvinther vince
prepare the tent for camping,,,


Grofie which requested by Serena( sister)
Alvin ,Benjamin (brothers)
kelvin (nephew) ,Rachel (Sister)

Brothers and sister
Priscilla(NEPHEW) ,ARWIN (BROTHER WITHOUT SHIRT

WOW...They enjoy kaw kaw .....try to do something...wait I asked them ,,,
rrrrmmmm,,,,,

This is me
sleeping baby  kain batik become my blanket...
Rebecca (sister) ,james(brother inlaw)n my lovely fmly prepare for dinner
have dinner with them
mY SISTERS SERENA N SHALU
Reuben

WITH Sisters and nephew....




 
Brothers abang kesavan
sibuk ngan pasag khemah


lo




Tuesday, 11 April 2017

Contoh esei Ilmiah sejarah tingkatan enam

Tema : Sejarah kumpulan etnik ,kaum / klan /suku kaum
Tajuk  :Sejarah dan perkembangan sosiobudaya  etnik Tamil di Kajang pada tahun 1990  hingga 2000   
1.0 Pengenalan:
Menurut Dewan Bahasa dan Pusaka,Etnik bermaksud (étnik) bukan bangsa manusia  ia juga tidak memaksa perubahan terhadap kepercayaan agama atau membuang unsur sesuatu kaum; masyarakat majmuk mempunyai kelompok  yang hidup berlainan, tetapi di bawah sistem politik yang sama.
Menurut Kamus Dewan Bahas Edisi Ketika ,Kepelbagaian membawa erti berbegai-bagai jenis manakala,sosiobudaya pula ditakrifkan sebagai hubungan masyarakat dengan budaya merangkumi cara hidup,adat istiadat dan sebagainya .
Setiap masyarakat di Kajang mempunyai sejarah dan  sosiobudaya masing-masing. Sejarah yang diterima oleh sesuatu bangsa merupakan cetusan peraturan dan panduan. Peraturan dan panduan ini merupakan satu garis penentu  sesuatu  hukum yang dilaksanakan oleh masyarakat tersebut. Sesuatu masyarakat  menjalani kehidupan berdasarkan amalan nenek moyang mereka, menyempurna dan melaksanakan amalan nenek moyang sebagai suatu peraturan.
Peraturan ini menjadi kebiasaan yang lama- kelamaan menjadi satu kemestian. Menurut satu pendapat adat resam sebagai tatacara yang diterima mengenai cara makan, bertutur, berjumpa sahabat handai, dan sebagainya atau adat itu ialah cara bertindak yang umum dipercayai secara sosial .( Mac Iver , 1970)
Pada abad ke -19, pertambahan penduduk etnik Tamil daripada masyarakat India .Ekonomi India dalam keadaan meruncing .Pengganguran kian meningkat walaupun , banyak kawasan pertanian baru telah dibuka tetapi tidak mencukupi Ramai golongan petani yang tidak mempunyai tanah sendiri . Mereka terpaksa   memajak tanah dari tuan tanah dengan harga yang cukup tinggi .Keadaan ini telah menyebabkan ramai petani yang menjaga hamba atau orang suruhan. Ekoran daripada itu ramai petani yang menjadi hamba atau orang suruhan .
Ekoran daripada itu ramai petani mengambil kesempatan untuk berhijrah keluar negara . Peluang hanya boleh diperolehi apabila orang inggeriss telah mengambil langkah membawa masuk ribuan orang dari India untuk dijadikan buruh ladang .  Orang India Malaysia ialah rakyat Malaysia yang berasal dari India .Kebanyakkan  mereka datang ke Malaysia semasa zaman penjajahan British di Malaya .Namun sumber-sumber sejarah membuktikan bahawa etnik Tamil tiba di Malaysia sejak zaman keagungan Dinasti Chola. Ada juga dikalangan mereka yang datang dari Ceylon atau Sri Lanka.Mereka menggunakan bahasa tamil dalam pertuturan sama ada berintegrasi suku yang sama atau berlainan .
Seterusnya lokasi bagi kajian saya ini  ialah di Kajang ,Selangor pembangunan Kajang pada 1994 telah meningkatkan kemajuannya .Kemajuan ini telah menarik ramai masyarakat pelbagai kaum menetap di disini . pada semasa itu , estet estet Kajang dimajukan sebagai kawasan perumahaan Taman Kajang Mereka mengamalkan pelbagai amalan tradisional di kawasan kajang. pada 1990 an. Antarannya, ialah budaya pakaian ,amalan perkahwinan dan,perayaan agama masing-masing .      
Orang Tamil di kajang pada tahun 1990 hingga 2000 mempunyai perasaan yang kuat terhadap bahasa Tamil, yang sering dihormati dalam kesusasteraan sebagai "Tamil̲an̲n̲ai", "ibu Tamil".Tujuan saya Memilih etnik ini dalam kajian ini adalah kerana saya ingin mengetahui sosiobudaya mereka dengan lebih mendalam.





2.1:SEJARAH ETNIK TAMIL DI KAJANG
Di Kajang, Kumpulan etnik ketiga terbesar adalah etnik tamil daripada masyarakat  India. Kajang membentuk kira-kira 9.3% penduduk india daripada jumlah penduduk di kajang. Kebanyakannya, adalah keturunan imigran India Selatan berbangsa Tamil  yang datang ke Malaysia dan berkerja di  ladang -ladang  getah di Kajang sewaktu  penjajahan British. Orang tamil di Kajang menganuti agama Hindu dan agama kristian .
Bercakap  mengenai  sejarah kaum  Tamil. Mereka  membawa  bersama budaya pakaian ,makanan,dan amalan sebuah tamadun purba di lembah Indus yang berusia 2600 Sebelum Masihi.Tamadun ini dibangunkan oleh kelompok yang dikenali sebagai Dravidian. Untuk pengetahuan semua, Dravidian ialah sebuah nama yang digunakan untuk merujuk kepada kelompok manusia yang betuturkan bahasa di dalam keluarga yang sama. Bahasa Tamil  ialah  salah  satu  bahasa  daripada  Bahasa  Dravidian
Orang Tamil di kajang pada tahun 1990  hingga tahun  2000  mempunyai perasaan  yang  kuat  terhadap bahasa Tamil, yang sering  dihormati dalam kesusasteraan sebagai "Tamil̲an̲n̲ai", "ibu Tamil" Seperti bahasa-bahasa india yang lain, Bahasa Tamil  berasal  dari keluarga  Bahasa Dravidia, yang tidak berkaitan dengan bahasa-bahasa Indo-Eropah utara India. Bahasa Tamil juga bebas dari pengaruh Sanskrit dan banyak mengekalkan ciri-ciri Proto-Dravidia. Tetapi Bahasa Tamil yang digunakan pada tahun 1990 hingga pada tahun 2000 di kawasan kajang .Bahasa ini banyak menggunakan kata-kata pinjaman dari bahasa Inggeris dan bahasa lain oleh penduduk kajang.
Menurut sejarah Malaysia,Orang tamil dalam masyarakat india berasal daripada india selatan .Mereka di bawa oleh kerajaan British Pada tahun 1952 dan berkerja di ladang ladang getah sebagai penoreh pokok getah .pada tahun tahun 1990 merupakan tahun yang ramai    penduduk orang tamil di kawasan estet dan kampung berhijrah ke kawasan perumahan taman .orang tamil di kajang pada tahun 1990 hingga tahun 2000 ramainya menganuti agama hindu,dan ada juga mengamalkan agama kristian .walaupun, mereka berbeza dari segi  agama .Mereka tidak lupa memartabatkan bahasa ibunda sendirinya .mereka sering menghantar anak- anak ke sekolah  tamil untuk mendapat pengetahuan bahasa tamil. Antara sekolah tamil  terkenal  di  kajang  ialah sekolah jenis kebangsaan tamil kajang.
Menurut Pn Sarasawathy (50), orang sumber saya ,Beliau menyatakan bahawa ,pada tahun 1990  hingga tahun 2000 .bahasa tamil berperanan sebagai bahasa pengantar di tempat ibadat seperti kuil  di Kajang .lazimnya kuil di Kajang iaitu kuil “Sri Subramaniyam Alayam di Jalan Reko mengunakan bahasa Tamil untuk membincang perkara tentang isu keagamaan  contohnya,ada penganut agama hindu membelajar,menghafal dan menyanyi lagu “devaram” dan “thirukural” melalui bahasa tamil di sini pada semasa itu.
    Menurut orang temu bual saya iaitu, En.Lawrence Lordusamy( 53), seorang  penganut  mazhab katolik daripada etnik tamil, Beliau menyatakan bahawa, gereja katolik di kajang iaitu Holy Family Kajang  menggunakan bahasa tamil untuk  sembayang pada setiap  hari ahad pada pukul 7.30 hingga 9.30 pagi  untuk bahagian etnik  tamil pada tahun 1990 hingga pada tahun 2000. Gereja ini juga mengadakan  kelas membaca kitab iaitu “bible” dalam bahasa tamil.Oleh itu, bahasa tamil digunakan untuk mengkaji  kitab kitab agama begini dapat memperkembangkan bahasa tamil  dan  etnik tamil daripada masyarakat india di kajang pada tahun 1990 hingga pada tahun 2000.
 Kesimpulanya , sejarah etnik di kajang pada tahun 1990 hingga pada tahun 2000 menyatakan bahawa sejarah  etnik tamil di kajang dapat berkembang pesat  di kawasan sekolah dan pusat ibadat sekelilingnya.Menurut peribahasa melayu, “Bahasa menunjukkan bangsa  yang bermaksud  Baik buruk sifat dantabiat orang dapat dilihat dari tutur kata atau  bahasanya.Oleh itu, bahasa  menunjukkan bangsa dapat  menggunakan dalam kehidupan sehari-hari, baik dalam bentuk lisan mahu pun tulisan .Jelaslah bahawa sejarah etnik tamil di kajang  saling bergantung kepada bahasa ibunda mereka .


2.2:Perkembangan amalan perayaan iaitu, perayaan “tamilar perunaal” di kajang pada tahun 1990 hingga pada tahun 2000.di kajang.
Perayaan “tamilar perunaal” merupakan perayaan dikenal sebagai  perayaan ponggal sebagai perayaan etnik  tamil daripada masyarakat india. Hari ponggal lebih dikenal sebagai hari Hari Thaiponggal perayaan menuayang diraikan secara meluas oleh orang Tamil di kajang   pada tahun 1990 hingga pada tahun 2000
Menurut Pn Saraswathy Rethinam (50) ,seorang penganut agama Hindu, Beliau menyatakan bahawa, Perayaan ini menandakan permulaan bulan Thai menandakan hari apabila Matahari dikatakan bergerak ke  utara. Ia menandakan permulaan Uttarayana, yang mewakili pergerakan matahari ke utara. Pongal  dalam Bahasa Tamil bererti "melimpah-ruah." Minyak melimpah dalam belanga tanah liat melambangkan kekayaan harta benda bagi penghuni rumah. Thai ponggal, dirayakan ketika masa menuai, secara tradisi bertujuan berterima kasih kepada Dewa Matahari dan ternakan ladang yang membantu menghasilkan kekayaan harta benda.
 Ucapan "Thai Pirandhal Vazhi Pirakkum’ bererti "permulaan Thai membuka peluang baru" sering diucap berkait dengan perayaan hari Thaiponggal. Perayaan ini biasanya dirayakan sekitar 13 Januari hingga 15januari setiap tahun di Kajang. Thaiponggal secara tradisi ditasbihkan kepada Dewa Matahari  Surya. Kaum Tamil berterima kasih kepada Dewa Matahari bagi tuaian baik dan mengabadikan tuian pertama kepada 'Surya Mangalya'.
Menurut Pn Saraswathy Rethinam( 50)  ,orang sumber saya ,Beliau menyatakan bahawa ,Hari perayaan ini lazimnya diraihkan di pusat- pusat ibadat seperti kuil dan gereja.contohnya gereja “Holy Family”di kajang dan ,Sri Subramaniam Aalayam”di jalan Reko ,Kajang dan perayaan ini disambut di kawasan sekolah  pada semasa itu.mereka mengadakan pelbagai pertandingan dan aktiviti aktiviti sosial kepada  orang etnik tamil.Antara aktiviti-aktiviti dilakukan oleh orang etnik tamil semasa itu adalah pertandingan memasak ponggal, pertandingan kabaadi dan pertandingan “satti udaittal” (memecah belanga  tanah liat).ada juga kaum lain misalnya kaum melayu dan cina menyambut perayaan ini bersama-sama  dengan orang tamil di kawasan perumahan di kajang pada semasa itu.
  
         Menurut Puan.Ammelab mary, seorang orang sumber saya, Beliau menyatakan bahawa ,Perkataan Pongal adalah ‘masa menuai’ menandakan masa untuk orang Tamil tuai hasil tanaman dan disambut pada permulaan bulan Thai mengikut kalendar Tamil. Ada juga kelompok yang menganggap Pongal sebagai tarikh tahun baru etnik tamil. Perayaan Pongal biasanya diraikan setiap pertengahan bulan Januari bagi meraikan  pergerakan matahari menuju ke utara .Oleh itu, penganut agama Hindu menyambut perayaan selama  empat hari  berturut-turut dan merupakan acara terbesar selepas sambutan Deepavali dan Thaipusam.
Perayaan Pongal juga dianggap sebagai hari kesyukuran kepada Tuhan kerana memberi rezeki untuk memperoleh makanan dan air yang cukup, tempat tinggal yang sempurna dan keluarga yang bahagia dan juga membantu mengeratkan hubungan kekeluargaan di antara ahli keluarga. Penyediaan juadah berasaskan sayur-sayuran kampung pula mendidik generasi muda mengenali masakan asli nenek moyang mereka .
Beliau menceritakan pengalaman hari ponggal pada tahun 1990  hingga pada tahun 2000 di kajang .
   Saya dan ahli keluarga  akan mengemas rumah, manakala emak saya akan menghiasi rumah dengan kolam (hiasan lantai yang diperbuat dari beras yang diwarnakan) di pagi Hari Pongal. Kolams dibuat di depan pintu rumah sebagai tanda selamat dan rahmat supaya isi rumah mendapat kesejahteraan. Seterusnya, bapa akan mengikat tebu dan daun mangga di pintu rumah bagi menceriakan suasana. Upacara mengikat tebu dan daun mangga di pintu adalah upacara turun temurun orang Tamil sejak dulu.  Empat buah dapur kecil turut diletakkan atas kolams. Pada masa yang sama, beberapa buah periuk tembaga dan perak yang dihiasi daun mangga, daun kunyit dan pewarna Kum Kum juga ditempatkan di situ sebelum upacara bermula .” beliau bertambah lagi…
Biasanya hari ponggal menyambut selama  empat hari
2.2.1:Hari Pertama–(Bhogi)
      ‘Bhogi’ ialah hari Dewa Awan dan Hujan bagi menandakan permulaan hari penting dalam kehidupan masyarakat India. Kami akan membersihkan dan menghias rumah dengan corak dan bunga. Sebelum matahari terbit, mereka membuat unggun api besar dan dibiarkan membakar sepanjang malam untuk membakar barang-barang lusuh dan lama bagi menyingkirkan anasir-anasir buruk yang datang kepada keluarga mereka. 
2.2.2 Hari kedua (Thai Pongal / Surya Pongal).
     Di kenali sebagai Thai Pongal, iaitu Hari ini untuk Suriabhagawan atau Dewa Matahari. Ucapan "Thai Pirandhal Vazhi Pirakkum" bererti "permulaan Thai membuka peluang baru" sering diucap dengan perayaan hari Thaipongal. Upacara yang dilakukan ialah memasak beras yang dituai bersama susu lembu sehingga melimpah dari periuk. Perbuatan membiarkan masakan itu melimpah dikenali sebagai Pongal dalam bahasa Tamil. Pongal bermakna ‘melimpah-ruah’ yang menggambarkan hasil tuaian yang banyak. Apabila susu mendidih, ahli keluarga akan berkumpul di sekitar periuk dan melaungkan ucapan 'Pongal-O-Pongal' sebanyak tiga kali semasa susu mengalir keluar. Upacara ini dilakukan untuk memberi penghormatan kepada Dewa Matahari dan bermulanya hari pertama bulan Thai dalam kalendar Tamil. Belanga, susu, beras, tebu, daun pisang, kelapa serta tujuh jenis sayuran dan rempah ratus seperti jintan manis, buah pelaga, jintan putih dan biji sawi adalah bahan- untuk hidangan pada hari perayaan itu.
2.2.3 :Hari ketiga –(Hari Maattu)
       Hari (Mattu) adalah hari yang dikhaskan untuk haiwan lembu.Masyarakat tamil  percaya bahawa lembu ialah binatang suci yang banyak berjasa kepada manusia dimana pengembala sangat berterima kasih kepada ternakan mereka. Mereka juga akan mewarnakan tanduk lembu dan menghiasi dengan pakaian dan topi logam bersinar. Lembu diberi makan Pongal dan loceng diikat di leher lembu
2.2.4.Hari Keempat –  (Kaanum Pongal)
Hari terakhir Pongal dikenali sebagai ‘Kaanum Pongal’ iaitu hari istimewa untuk wanita dan hari merapatkan hubungan. Menurut Orang temubualsaya iaitu.Pn.Saraswathy Rethinam. Beliau menceritakan pengalaman beliau yang pernah disambut pada thun 1990 hingga pada tahun 2000.


“  Pada hari terakhir, emak saya akan bangun awal pagi untuk menyapu kunyit dan melumurkan minyak bijan di rambut kepada emak, makcik-makcik serta semua adik-beradik perempuan saya. Selepas mandi minyak bijan, semua perempuan akan menawarkan bebola nasi berwarna kepada burung-burung. Bagi yang sudah berkahwin, mereka akan berdoa untuk keluarga yang sihat. Manakala adik-adik saya akan berdoa untuk perkahwinan yang bahagia akan datang. Setelah selesai semua, kami sekeluarga akan memberi penghormatan kepada nenek atau orang-orang yang lebih tua di rumah untuk mendapatkan restu sebelum keluar melawat rumah saudara terdekat serta rakan-rakan bagi merapatkan lagi hubungan. Kebiasaannya, kami sekeluarga akan dihidangkan dengan makanan tradisi seperti 'vadaas’, ‘payasam’ dan keledek  
 Hasil temu bual bersama dengan Beliau ini ,saya berpendapat, beberapa fakta  sejarah  perkembangan perayaan “thamilar thirunaal  di kawasan perumahaan di kajang pada tahun 1990 hingga pada tahun  2000” perayaan” thamilar thirunaal” mendapat sambutan dan sokongan baik oleh etnik tamil di Kajang pada tahun 1990 hingga pada tahun 2000.Oleh itu, perayaan “Tamilar Thirunaal ini masih diraihkan oleh orang etnik tamil kajang sehingga kini.





2.3 Perkembangan Budaya Pakaian etnik tamil di kajang pada tahun 1990 hingga pada tahun 2000.
  Dalam bahasa Melayu budaya itu berasal daripada perkataan budi´, iaitu  kata Sanskrit yang bermaksud akal. Budaya itu ialah perlakuan-perlakuan manusia yang berkaitan dengan akal fikiran. Dalam intepretasi lain difahamkan bahawa budaya itu daripada rangkaian daya´ dan budi´ yang dapat dikatakan segala yang berupa cipta, rasa dan penggunaan fikiran manusia.Kebudayaan itu bermaksud segala  hasil dari ciptaan Itu .
Menurut Pn.Ammelab marry (54), seorang orang sumber saya, Beliau menyatakan bahawa, Di kajang pada tahun 1990 hingga 2000 perkembangan budaya pakaian tradisional kaum tamil mempunyai pelbagai Pakaian etnik  juga memiliki berbagai macam jenis yang cukup beragama  dan mudah dikenali dari “fesyennya ” beliau  menjelaskan beberapa jenis pakaian tradisional india mengikut jantina  pada semasa itu.
     
 2.3.1  Perempuan
  Sari merupakan pakaian tradisional wanita etnik  yang terkenal di kajang. Kain berukuran 5 hingga 9 meter panjang dipadankan dengan kain dalam yang berwarna seakan-akan kain sari tersebut, serta anak baju yang berwarna sama atau setentang dengannya. Sari dililit seliling badan dengan bahagian hujungnya yang bersulam diletak di atas bahu kiri dengan pelbagai gaya. Kain dalam dipakai di atas atau di bawah pusat dan berfungsi menyokong kain sari tersebut. Sari diperbuat daripada pelbagai jenis, corak dan warna kain yang sememangnya indah dan mempesonakan.
Lazimnya ,orang etnik tamil di kajang pada semasa itu memakai sari semasa perayaan, dan perkahwinan dengan pelbagai warna-warni dan fesyen mengikut zaman tersebut.


 2.3.2 Lelaki
Veshti ialah pakaian tradisi untuk kaum etnik tamil lelaki di kajang pada tahun 1990 hingga 2000. Pakaian ini diperbuat daripada kain empat segi yang kebiasaannya berwarna putih dan panjang. Kain tersebut dililit di bahagian pinggang. Veshti juga dipakai oleh lelaki India semasa perkahwinan dan juga semasa hari perayaan. Semasa perkahwinan lelaki India mengenakan "pattu veshti" iaitu, kain yang diperbuat daripada sutera yang berwarna putih atau kuning susu.Budaya pakaian ini masih diamalkan oleh etnik tamil kajang sehingga kini.
Kesimpulanya ,perkembangan budaya pakaian etnik tamil juga berkembang pesat pada tahun 1990 hingga 2000. Mereka masih mengekalkan budaya pakaian mereka sehingga kini .Mereka masih memakai pakaian tradisional mereka ke tempat ibadat, majlis perkahwinan dan perayaan .
3.0 Penutup :
Saya sebagai penyelidik kajian ini ,saya dapat mengetahui sejarah etnik dan perkembangan sosiobudaya pada tahun 1990 hingga 2000. Sejarah etnik tamil saling bergantung kepada bahasa ibunda etnik mereka iaitu Bahasa Tamil,Perayaan Tamilar Thirunaal merupakan suatu perayaan masih dikekalkan oleh orang etnik tamil di kajang .Amalan perayaan ini dapat menyatupadukan setiap orang etnik Tamil pada Masa itu . dan budaya pakaian mereka masih dipelihara  oleh mereka  .Walaupun mereka tidak dapat memakai sari sepanjang tahun tetapi masih mereka memeriahkan majlis perkahwinan dan perayaan dengan Pakaian tradisional  mereka. Pada pandangan saya,Masyarakat etnik tamil di Kajang tidak melupakan amalan tradisi dan sosiobudaya yang ditinggal oleh nenek moyang mereka.
2.1 Lampiran Sejarah etnik tamil di kajang pada tahun 1990 hingga 2000.
                                 
                     Peta1 : Lokasi Kajian saya .bandar Kajang ,Selangor.


                                       Rajah 1 : Bandar Kajang ,Selangor .

             Rajah 2 :  kuil Sri Subramaniam Aalayam di Kajang .pada 1990 hingga 2000



                    Rajah 3 : Sekolah Jenis kebangsaan Tamil Kajang pada tahun 2000.










       Rajah 4: Gereja Holy Family kajang memainkan peranan penting perkembangan etnik Tamil di Kajang
               
              Rajah 5 : Paderi katolik kajang  menggunakan bahasa tamil semasa bersembayang.
2.2  Lampiran Perkembangan perayaan Tamilar thirunaal  dimkajang pada tahun 1990 hingga 2000


                                      Rajah6  : Hari pertama Bhogi pongal.


           Rajah 7 :  Hari kedua Thai pongal. Nasi pongal  masak dan letak di atas daun pisang  untuk sembayang kepada tuhan matahari ..


Rajah 8 : kanak –kanak terlibat dalam aktiviti memasak pongal.


                


                                Rajah 7: Hari ketiga maattu pongal


                              Rajah 8 : Hari keempat kanuum pongal


2.3 Lampiran Budaya dan pakaian;
                                       Rajah 9  : Pakaian Lelaki iaitu veshti
                                    Rajah 10: pakaian perempuan iaitu sari


Orang-orang sumber saya:
               Rajah 11 : semasa bertemu bual dengan puan  Saraswathy tentang perkembangan etnik tamil dan perayaan tamilar thirunaal di rumah .


                         Rajah12: semasa bertemu bual dengan En Lawrence Lourdusamy di rumah Beliau


                        Rajah 13 :  Semasa bertemu bual dengan Puan Ammelab Mary di rumah beliau


































        

1.0 PENGENALAN 1.1 Tamadun India Tamadun India merupakan salah satu tamadun yang telah wujud beribu tahun dahulu dan   boleh dikatakan...