1.0 PENGENALAN
1.1 Tamadun India
Tamadun India merupakan salah satu tamadun yang telah wujud beribu tahun dahulu dan boleh dikatakan tamadun yang sangat tua kerana berumur lebih daripada 5000 tahun. Tamadun tersebut telah menjadikan Lembah Sungai Indus di benua India sebagai pusatnya.Sudah tentu banyak kebudayaan India yang telah wujud selama tamadun itu wujud antaranya tarian klasik India iaitu Tarian Bharata Natyam. Tarian ini dikatakan sangat susah dan perlu mengambil masa yang lama untuk dipelajari iaitu bertahun-tahun lamanya. Tarian yang penuh tradisi ini melibatkan pergerakkan kaki, tangan dan mata yang harus dipelajari untuk mempersembahkan tarian warisan yang berkurun lamanya. Tarian ini secara tradisionalnya dipersembahkan secara solo iaitu hanya seorang penari wanita. “Suatu persembahan yang lengkap dalam tarian ini merangkumi enam peringkat di kenali sebagai Alarippu, Jatiswaram, Sabdam, Varnam, Padam dan Thillana. Peringkat-peringkat ini menggabungkan elemen Nritta atau tarian tulen dan Nritya” (JKKN, 2008).
Tarian Bharata Natyam ini bermaksud seni bercerita di mana sifat asalnya ialah menghambakan diri kepada tuhan-tuhan Hindu bagi kepercayaan masyarakat India hingga sekarang. Setiap perkataan Bha Ra Ta Natyam memberi maksudnya yang tersendiri iaitu BA bermaksud ekspresi, RA ialah muzik, THA pula ialah irama dan yang terakhir NATYAM iaitu tarian dan akhirnya tercipta perkataan Baratha Natyam bila ia disambungkan. Tarian Bharata Natyam ini asalnya ialah dari sebuah wilayah yang dinamakan Tamil Naidu dan wilayah tersebut terletak di bahagian Selatan India. Menurut kajian, “tarian ini merupakan tarian yang paling banyak diamalkan di Selatan India. Bharata Natyam ini dikatakan penciptaan muzik dalam bentuk visual, dan upacara. Tarian Bharata Natyam ini disertai atau digandingkan dengan suatu muzik iaitu muzik Carnatic. Tarian tersebut dan muzik Carnatic tidak dapat dipisahkan dalam sesuatu persembahan” .
2.0 OBJEKTIF KAJIAN
Pengkaji telah menentukan objektif kajian sebagai panduan dalam penyelidik mengenai sejarah tamadun India
2.1 Mengenalpasti sejarah tarian etnik Tamil iaitu tarian Bharata Natyam.
Pengkaji telah menggunakan kaedah rujukan bertulis dalam usaha mencari segala informasi mengenai sejarah tarian etnik Tamil.
2.2 Mengenalpasti perkembangan semasa tarian tersebut di Malaysia.
Pengakaji telah menggunakan pendekatan secara bertemu ramah dengan golongan etnik yang masih mengamalkan seni tarian Bharata Natyam dan menilai hasil perkembangan itu berdasarkan data diperolehi.
2.0 DAPATAN KAJIAN
2.1 Sejarah Tarian Etnik Tamil iatu tarian Bharata Natyum
‘Bharatanatyam’ merupakan tarian klasik etnik tamil daripada kaum India. Menurut tradisi agama Hindu nama ‘Bharatanatyam’ dapat diwujud melalui gabungan dua perkataan ‘natyam’berasal daripada Bahasa Sanskrit iaitu, bermaksud Tarian manakala perkataan Bharatam pula diwujudkan hasil daripada pengabungan tiga suku kata ‘Bha’ bermaksud ‘Bhava’ (Bahasa Melayu:ekspresi) , ‘ra’ bermaksud ‘raga’(Bahasa Melayu:Muzik Melodi) dan ‘ta’ bermaksud ‘Tala’ (Bahasa Melayu: irama). Hal ini disokong oleh seorang penari tarian ini iaitu, Nalina berumur 21 tahun ,beliau menyatakan bahawa dalam tarian ini terdapat pelbagai gerakan tangan, kaki, dan muka mengikut raga dan Tala.Para Penari tarian ini perlu menari dan mengaplikasi “Mutiras” mengikut irama dan muzik melodi tersebut
Menurut sebuah artikel di laman web Jabatan kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), tarian ini di persembahkan secara solo oleh seorang penari wanita. Suatu persembahan yang lengkap dalam tarian ini merangkumi enam peringkat di kenali sebagai Alarippu, Jatiswaram, Sabdam, Varnam, Padam dan Thillana. Peringkat-peringkat ini menggabungkan elemen Nritta atau tarian tulen dan Nritya. Hal ini dikatakan bagi seseorang yang mempunyai keinginan untuk belajar tarian ini , tarian ini mengambil masa agak lama disebabkan oleh kandungan yang banyak seperti jenis peringkat mereka perlu belajar.
Menurut teori sejarah terdapat beberapa teori menyatakan bahawa ‘Bharata muni’ seorang yang mengasaskan tarian’ Bharatanatyam’ selepas mendapat wahyu daripada Tuhan Brahma seorang dewa agama Hindu daripada “Trimurti’ yang lazimnya dipercayai kuasa mencipta alam semesta. Beliau telah mengarang sebuah buku untuk memaparkan maklumat yang telah beliau dapat dan menamakanya sebagai’ Natya Sastra” pada 200 hingga 500 masihi. Dalam 'Natya Shastra', Bharata Muni, menguraikan beberapa teori tarian klasik India termasuk tarian Tandava, postur berdiri, langkah dasar, bhava, rasa, cara bertindak dan gerak isyarat. Salah satu kesusasteraan Tamil daripada lima buah epik tamil iaitu “Silappathikaram’ yang ditulis oleh seorang dinasti Chera iaitu Ilangovadikal pada abad ke 2 CE . Dalam epik sastera ini terdapat pelbagai unsur berkaitan dengan tarian ini. Selain itu, Banyak kuil Hindu lama di India selatan dihiasi dengan patung dewa Shiva dalam tarian Bharatanatyam. (Thirumagal,2017)
Kuil Shiva Kanchipuram yang dihiasi dengan ukiran sejak zaman abad ke-6 hingga 9 Masihi menunjukkan perkembangan bentuk tarian ini . Banyak kuil Hindu lama di India selatan dihiasi dengan patung dewa Shiva dalam tarian Bharatanatyam.
Gambar Rajah 1 :
Nathya Sastra yang diukir dengan panel segi empat yang kecil.
Gambar Rajah 2:
108 posisi tarian Bharatanatyam yang terdapat di Kuil Chidambaram
Disamping itu, Kuil Thillai Natarajar, Chidambaram, Tamil Nadu yang dikhususkan untuk dewa Shiva.patung yang menggambarkan 108 posisi Bharatanatyam, yang disebut sebagai ‘karana’ dalam 'Natya Shastra', yang diukir dengan ukiran panel
segi empat yang kecil.
Gambar Rajah 3:
Patung Dewa Nataraja yeng memaparkan 18 lengan dengan ‘mudras’ dan isyarat tangan di Gua Badami Karnataka,India.
Tambahan pula terdapat satu patung dewa Nataraja yang boleh dilihat di Gua Badami Karnataka dari pada abad ke 7. Patung Nataraja ini digambarkan seperti melakukan tarian ‘Tandava’ yang sebuah tarian suci ditari oleh dewa Shiva. Patung Nataraja itu memaparkan 18 lengan dengan ‘Mudras’ dan isyarat tangan.
Terdapat satu teori yang menyatakan bahawa Semasa pemerintahan Raja Chola, merupakan zaman keemasan Bharatanatyam. Semasa pemeritahan Raja Chola Bharatanatyam dikenal sebagai ‘Sathirattam”. Selepas kedatangan orang Aryan namanya ditukar kepada Bharatanatyam. Terdapat sejumlah enam perbezaan antara Bharatnatyam sebelumnya dan bentuk sekarang. Terdapat empat orang tokoh Tarian Bharatanatyam. Antaranya ialah Shankarai, Ponniah, Sivanandam dan Vadivelu. Mereka dikenal sebagai ‘Thanjavor Naalvar” merekalah yang mengubahsuai dan menentukan peraturan baharu untuk tarian Bharatanatyam yang kita dapat menyaksikan pada hari ini.(Nagasamy, 2016)
2.2 Perkembangan tarian Bharatam etnik Tamil ke Malaysia.
Menurut responden yang telah ditemu bual, iaitu Thanisha Kumar yang berusia 20 tahun. Beliau mempelajari tarian Bharatam dari pada usia yang sangat muda iaitu ketika responden masih kanak-kanak lagi dan melakukan tarian tersebut hanya di kuil sahaja. Namun begitu menurut beliau, pada ketika ini tarian tersebut telah berkembang apabila tarian Bharatam tidak semestinya hanya dipersembahkan di kuil sahaja. Tarian tersebut boleh dipersembahkan di mana-mana festival atau acara perkahwinan. Dari situ, tarian ini berkembang secara luas dan tarian tersebut diperkenalkan kepada masyarakat umum dan seteruskan tarian tersebut dipraktikan oleh kaum melayu, kaum cina dan sebagainya. Setelah mendengar penjelasan temu bual yang telah di jalankan tarian Bharatam ini semakin berkembang selari dengan hubungan dan pergerakan komuniti masyarakat Malaysia. Hal ini berlaku apabila persembahan tarian Bharatam menjadi ikutan para belia masa kini kerana keunikan tarian tersebut dan tarian tersebut juga mendapat sambutan yang baik dari masyarakat lain.
Tarian Bharatam adalah tarian tradisional yang diwarisi dari generasi ke generasi, sehinggalah pada hari ini, tarian tersebut merupakan antara tarian yang tertua di dunia. Dalam pada itu, perkembangan tarian tersebut terjadi dalam kalangan masyarakat kerana keunikan dan ciri-ciri tarian tersebut yang sudah lama dipraktikan, namun masih tetap tidak berubah akan pergerakannya. Ia melambangkan kesetiaan yang agung terhadap sesebuah tradisi yang sangat bercirikan keagamaan dalam budaya Hindus. Hal ini yang menjadikan tarian Bharatam begitu unik pada pandangan masyarakat majmuk serta mereka yang mempunyai sifat terhadap penilaian yang teliti terhadap sesebuah tradisi. Dan secara terperinci lagi, tarian Bharatam merupakan antara tarian utama yang berkemampuan untuk menjadikan negara Malaysia sebagai sebuah negara yang unik kerana bercirikan kepelbagaian kaum serta keharmoniannya.
Tarian Bharatam merupakan suatu tarian yang berasal dari kuil Tamil Nadu di bahagian selatan India. (Pamnani.J, 2014) Dalam artikelnya, Joy Pamnani telah menemu bual seorang remaja perempuan yang bernama Diyya Premchand Raisinghani yang berumur 14 tahun pada ketika itu. Responden menyata bahawa dia bermula mengikut tarian itu seawal umur 6 tahun dan ia bermula dari bangku persekolahan lagi. Menurut responden juga bahwa dia tertarik dengan tarian Bharatam dan mula belajar dan mendalami dengan lebih lagi melalui rancangan televisyen dan dari sumber You Tube. Dari petikan ini, kita dapat melihat bahawa keunikan budaya tarian Bharatam mempengaruhi kanak-kanak yang berusia 6 tahun untuk menceburi minat dalam bidang tarian budaya ini. Selain itu, perkembangan dalam menceburi dan mempelajari tarian tersebut dapat berkembang melalui bantuan saluran media massa sebagai satu sumber pengetahuan selain daripada pembelajaran di sekolah.
Antara contoh perkembangan Tarian Bharatam di Malaysia adalah acara persembahan tarian tersebut di Kuala Lumpur yang menjadi tumpuan media massa pada tahun 2017. Berikut merupakan perincian berita tentang acara persembahan tersebut; Penari Bharathanatyam terkenal, Rukmini Vijayakumar akan mengadakan persembahan pertamanya di Malaysia di Temple of Fine Arts di sini pada 19 Mac ini. Rukmini, yang juga seorang pelakon filem India dan pernah berlakon bersama bintang handalan seperti Rajnikanth dalam filem Kochadaiiyaan, dan Amitabh Bachchan dalam filem Shamitabh, akan membuat persembahan "Maargam - The Art of Bharatanatyam". Penari serba boleh itu akan mempersembahkan Bharatanatyam Maargam iaitu tarian klasikal India yang dipadankan dengan muzik Carnatic iaitu adunan muzik, irama dan ekspresi yang kompleks.(Utusan Melayu (M) Bhd, 2017).
Hal ini menjelaskan bahawa Tarian tradisi ini juga menjadi tumpuan masyarakat secara meluas di Malaysia. Perkembangan ini adalah bukti kepada perkembangan tarian Bharatam dalam masyarakat majmuk di Malaysia sehingga ke hari ini, dan menjadi salah satu tarian yang sangat popular yang dipersembahkan dalam perkahwinan, acara-acara keramaian dan pertandingan-pertandingan tarian tradisional.
3.0 KESIMPULAN
Berdasarkan penilaian keseluruhan daripada pengkaji mengenai sejarah tamadun India. Tidak dapat dinafikan bahawa tamadun India telah melahirkan golongan etnik Tamil yang mewarnakan seni budaya mereka dengan tarian ritual yang unik di mata dunia. Seni tarian Bharata Natyum adalah bukti kewujudan golongan etnik Tamil yang berasal daripada tamadun India sejak beribu tahun. Perkara ini jelas menunjukkan bahawa golongan etnik Tamil tidak lupa akan tradisi yang diwarisi oleh nenek moyang mereka. Oleh itu, pengkaji dapat merumuskan bahawa kesan budaya daripada tamadun India pada suatu kala telah memberi kesan kepada etnik Tamil daripada segi budaya dan agama. Kajian ini juga telah menunjukkan bahawa perkembangan amalan ritual atau kini lebih dikenali sebagai tarian tradisional etnik Tamil merupakan sebuah seni mutlak kerana tidak boleh diubah mengikut zaman dan setiap pantang larang harus dipatuhi. Perkara ini juga telah memberi persepsi bahawa golongan etnik Tamil amat menitikberatkan keaslian budaya mereka kerana itu menunjukkan identiti, kebanggaan mereka dan kesetian dalam mempelihara kesucian Bharata Natyum. Pengkaji dengan tekad dan teguh mengatakan bahawa mahupun Malaysia bukan tamadun India sepenuhnya akan tetapi budaya daripada tamadun India masih kukuh dibawa oleh golongan Tamil di Malaysia. Penyataan ini lantaran jelas lagi menunjukkan bahawa perkembangan seni tarian Bharata Natyum akan terus diamalkan sebagai tanda kesyukuran pada dewa-dewi.
Morabad, Mahantesh C., 2009 “Nataraja (Dancing Shiva) at the Entrance of Cave at Badami, Karnataka, India, Asia.” Alamy, Alamy Stock Photo, 1www.alamy.com/stock-photo-nataraja-dancing-shiva-at-the-entrance-of-cave-i-at-badami-karnataka-149771480.html.
Pamnani, Joy., 2014,“Bharatanatyam Is More than Just a Traditional Indian Dance.”SouthChinaMorningposthttp://yp.scmp.com/news/features/article/90565/bharatanatyam-more-just-traditional-indian-dance.
.............., Varaltril Bharata Kalai. 2016, dimuat turun daripada http://tamilartsacademy.com/bharata%20natyam.xml
….……………, 2017, “Penari Bharathanatyam Terkenal Buat Penampilan Sulung Di Malaysia.” Utusan Online. Dimuat turun daripada www.utusan.com.my/hiburan/penari-bharathanatyam-terkenal-buat-penampilan-sulung-di-malaysia-1.455288#ixzz5F0FNqN8c.
.
….….., 2018 “Why Dance and Movement Arts.” About Bangalore,ICPA Bangalore.http://www.icpabangalore.com/why-dance-and-movement-arts.html.
No comments:
Post a Comment